TIPS MEMBUAT KEK
1)
Bila sudah mendapat resipi yang ingin dicuba, baca dan fahamkan
bahan-bahan yang ada dalam resipi dan juga peraturannya. Jika ada bahan
atau peraturan yang tidak faham, bertanya pada yang arif.
2)
Buat nota sendiri dalam resipi tersebut. Sewaktu hendak mula membuat
Kek tersebut, keluarkan cawan sukatan, timbang, pemukul telur, mixer
atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek tersebut. Dan juga
sediakan bahan-bahan yang hendak digunakan. Ini untuk memudahkan anda
menyukat dan juga supaya tidak lupa/ tertinggal bahan sewaktu mula
mengadun kek.
3)
Bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda,
garam hendaklah diayak bersama. Kek akan lebih gebu dan ringan bila
menggunakan tepung yang telah diayak dan juga sewaktu mengayak tepung
bersama baking powder/ baking soda ia dapat menghasilkan tepung yang
serata dengan baking powder dan baking soda berbanding dengan kita
menggaulkan begitu dengan tangan. Pernah terjadi Diana tidak ada masa
untuk mengayak tepung dan hasilnya kek yang menggunakan bicarbonate of
soda tidak serata dan rasa pahit soda pada sesetengah bahagian.
4)
Ikut peraturan resipi satu persatu, dan sewaktu masukkan tepung
sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah
pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana
ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar
tepung sebati dengan adunan mentega.
5)
Loyang perlulah dilenser dan disalutkan tepung supaya kek lebih mudah
dikeluarkan selepas membakar. Dan ketuhar harus dipanaskan terlebih
dahulu. Jika ketuhar anda adalah jenis yang cepat panas, turunkan suhu
sedikit dari suhu apa yang tertera diresipi (contoh resipi suruh bakar
180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek
merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.
6)
Bila menggunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk dan
lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di kek bermakna ia masih
belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek
telah pun masak.
7) Bila kek sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.
Jika
kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan
sebaiknya balut tutup kukusan dengan kain bersih supaya wap tidak akan
menitis diatas kek. Atau juga boleh tutup loyang kek dengan aluminium
foil.
9)
Kek yang dibakar atau dikukus sebaik-baiknya jangan dibuka pintu oven
atau tutup kukusan pada 45 minit pertama ia dibakar atau dikukus. Ini
supaya anda dapat menghasilkan kek yang lembut dan gebu.
Harap tips yang tidak seberapa ini dapat membantu anda untuk menghasilkan kek yang diidamkan.
Cara
untuk mengenal kek yang telah dihasilkan dengan sempurna adalah bukan
sahaja dengan paras rupa kek tersebut yang menawan tetapi juga hendaklah
anda rasa kek tersebut. Jika rupa menawan dan rasa pun sedap, itulah
kek yang telah dihasilkan dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment