Deluxe Delicacy Entreprise ( CA0170105-W)
Lot 6/764 Kg Pelindung, Beserah,
26100 Kuantan, Pahang.
delicacystopcentre@yahoo.com
Fb: MazniHaznira MohdNazir
0169504232/01118177318

*********************************************************************************************************************************************************
Terima Kasih kerana berkunjung ke Laman ini.

Bahulu adalah sejenis makanan tradisional yang amat di gemari oleh semua peringkat umur. Semakin hari bahulu semakin berkembang dengan sentuhan moden, dengan pelbagai jenis perisa dan inti. dlm kemodenan bahulu, kami masih mengekal resepi tradisional nenek moyang.... tanpa pengawet, bahulu boleh tahan sehingga sebulan.

Sesuai dijadikan Cenderahati / Doorgift untuk Majlis Perkahwinan , Pertunangan , Akikah , Cukur Jambul , Hari Jadi dan sebarang majlis.

***************************************************************************************************************************************************************************************

Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Sunday, 14 July 2013

talam keladi

talam keladi

resepi asal : chef asma
copy paste :  http://yatiememories.blogspot.com




Bahan-Bahan UtkLapisan Bawah(A)
  • 220 gm tepung beras (Yatie guna 2 cwn)
  • 40 gm tepung ubi(Yatie guna 3 sudu besar)
  • 1 1/2 tsp garam
  • 5 sudu besar gula pasir (Yatie tambah, suka manis sikit kuih ni)
  • 300 ml santan pekat
  • 700 ml air

  • (B) 250 gm keladi - (lebih sikit pun tak apa) - buang kulit, basuh,(basuh dgn air garam untuk tidak hitam) potong kiub dan kukus selama 5 minit.- (kukus baru timbang)
Cara-caranya :
  1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
  2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
  3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
  4. Kukus selama 25 minit
Bahan-Bahan Utk Lapisan Atas
  • 150-180 gm tepung gandum(Yatie guna 1 1/2 cwn je)
  • 250 gm gula halus
  • 3-5 biji telur (Yatie guna 3 biji telur je)
  • 250 ml santan
  • 500 ml air
  • sedikit pewarna purple
Cara caranya :
  1. Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
  2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah
  3. Kukus selama 30 minit.(Lap 5 minit sekali)

Friday, 12 July 2013

Jala Emas

Jala Emas (Urat Emas)

Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.
Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dsb. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Pada kebiasaannya telur itik digunakan kerana ia mempunyai saiz kuning telur yang lebih besar. Selain itu, ia biasanya dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.

Bahan-bahan ( 5 orang )

15 biji telur ayam / itik – ambil kuning sahaja (Tapis dgn kain)
400g gula halus (kurangkan gula jika tak suka terlalu manis – 250g @ 300g)
2-3 helai daun pandan
4 cawan air
Daun pisang untuk dibuat corong



Cara-cara

Tapis kuning telur dan pukul sedikit
Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air mendidih dan berbuih halus(dengan api kecil), uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
Angkat dan ’tos’kan.
Kiraikan urat emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
Hidangkan

p/s : Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas

Tahi itik & Telur Belangkas

Tahi Itik dan Telur Belangkas

Kuih Tahi Itik dan Telur Belangkas dibuat dengan lebihan putih telur apabila kita membuat kuih yang melibat penggunaan kuning telur, maka jangan dibuang begitu sahaj putih telur. Kita buat kuih tahi itik, makanan tradisional kelantan.

Tahi Itik

Bahan-bahan

10 biji putih telur itik
500ml santan kelapa
500gm gula pasir
100gm tepung pulut
200gm tepung beras



Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan diatas ke dalam kuali.
2. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan sehingga menjadi pekat dan berketul. Biarkan sejuk dan bolehlah dibentuk mengikut cita rasa sendiri.

Telur Belangkas

Bahan-bahan ( 5 orang )

15 biji telur ayam / itik – ambil putih telur sahaja
200g kelapa parut – tanpa kulit ari
10 helai daun pandan – dikisar bersama 1 cawan air
300g gula halus ( jika tak suka manis, kurangkan ke 200g @ mengikut rasa masing-masing)



Cara-cara

Ramas kelapa parut dengan putih telur dan daun pandan yang telah dikisar.
Perah dan tapis-tapis dgn menggunakan kain (hasil perahan itu. Campur gula dan masak di atas api kecil.
Jangan kacau selalu tetapi kikis tepi periuk @ kuali sekali-sekala supaya tidak hangus dan adunan dapat bergentil tetapi kacau sekali-sekala sehingga berminyak

lompat tikam klate

Lompat Tikam (Lopak Tike)

sumber :  http://ceria-resipi.blogspot.com

 

kuih ni selalu buat tapi xde resepi khas...hehehe.. so kita share kawan nyer je yer.... nanti lain kali aku share lak aku nyer.....


 Lapisan Bawah (Hijau)
150gm tepung beras
700ml santan cair
100ml air di kisar dgn 8 helai daun pandan) jadikan jus pandan
1 tsp air kapur cair
1/2 tsp garam halus
1/4 tsp pewarna hijau

Lapisan Atas (Putih)
60gm tepung beras
20gm tepung jagung
400ml santan pekat
100ml air
1 tsp garam halus

Sirap Gula Merah
200ml air
100gm gula merah/melaka
60gm gula pasir
sehelai daun pandan
(Masak dan jadikan sirap gula merah)

Bahan-bahan tambahan:
150gm beras pulut - di rendam 3 jam
1 sudu kecil pewarna merah
100ml santan cair
1/8 tsp garam halus



Cara-cara
1. Satukan bahan lapisan bawah, tapis dan masak di dalam kuali dengan api sederhana hingga hampir pekat. Tutup api dan kacau rata. Kemudian tuang ke dalam loyang 8" yang telah di leser dengan sedikit minyak. Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit.
2. Satukan bahan lapisan atas, tapis dan masak di dalam kuali dengan api sederhana hingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah, tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 15-20 minit.
3. Pulut di rendam bersama air dan pewarna merah selama 3 jam. Toskan dan masukkan santan cair. Kukus selama 20 minit.
4. Potong dan hidang bersama pulut dan sirap gula merah.

**** Boleh juga di masak terus di atas dapur tanpa mengukusnya. Kacau hingga pekat dan tuang ke dalam loyang atau acuan-acuan kecil dan tuang sos santan dan sirap gula

Tuesday, 9 July 2013

Tepung Pelita

salam ramadhan........

hari ni 1st day puasa..... w.pun xpuasa myhero tetp macam org puasa macam2 nak makan.... hari ni nak makan tepung pelita.... nasib baik daun pisang dah siap beli.... jom kita buat tepung pelita untuk berbuka puasa...

bahan2.

lapisan bawah
1 cawan tepung beras
4 cawan air
sedikit air kapur
2 sudu gula
pewarna hijau / paste pandan

lapisan atas
1 cawan tepung beras
5 cawan air + santan
sedikit garam

gula - lapisan bawah

cara2....

masukkan gula dlm takung secukup rasa

lapisan bawah
campur semua bahan dan masak atas api perlahan sehingga masak
setelah masak, masukkan dlm takung tepung pelita semasa adunan panas, sbb bila dah sejuk adunan sedikit keras....

lapisan atas
cara yg sama dgn lapisan bawah

tunggu sejuk, boleh dihidang untuk berbuka puasa...

selamat mencuba.....

cuci mata dgn pic yg ku google ini.... hehehe












Monday, 13 May 2013

kueh bakar....

as salam.....

 lama rasa nyer x update blog nih... hari ni saya nak kongsi satu resepi kuih bakar.... sejak akhir2 ni rasa teringin nak makan kuih2 manis tapi teringin nak buat sendiri, mungkin rasanya lebih berbaloi berbanding beli di kedai...... bukan pandai sangat dlm membikin kuih tapi alhamdullillah, kita boleh lebihkan  sedikit bahan spt telur dan santan untuk tambah kelemakan kuih tu sendiri.....

 so pagi ahad yg lalu nekad la nak buat kuih bakar.....  cari gak resepi kat tenet, last2 aku try n error je... risau gak sebab dah lama xbuat kuih bakar nih....

ni resepi yg aku try n error

kuih bakar



 bahan2:
3 bj telur
1 1/2 cawan gandum
2 1/2 cawan santan
1 cawan gula ( leh kurang sikit kalau xsuka manis tapi jgn banyak sangat sbb aku dah kurangkan sedikit)
sedikit garam
perwarna hijau/paste pandan

cara2:
 blend je semua bahan2 kat atas tu sehingga sebati.
sapu minyak di acuan dan panaskan, untuk elak melekat
 leh la tuang adunan ke dlm acuan dan bakar sehingga masak....


 teringin lak nak share satu resepi  dr http://rimbunanhati.blogspot.com... nampak sedap je tgk pic kuih bakar..  jom tgk resepi dia...


Kuih Bakar Kak Ton

16 biji telur Gred A
1 kg santan
1.7 liter air
900 gram gula
800 gram tepung gandum
pewarna hijau
 cara2 still sama.... 
nanti ada masa leh cuba.....

Sunday, 24 February 2013

kuih frozen

 Pernah dengar kuih  bijan x.... kulit nyer diperbuat drp tepung pulut dan inti kacang hijau, sangat popular di kota bharu.....antara produk fozen saya....  kelarisan yg biasa sahaja... bagi yg biasa makan mungkin gemar tapi bagi yg kurang, rasa macam salah satu kuih pelik.... namun lately dapat sambutan yg luar biasa... rupanya ia salah satu kuih yg digemari oleh kaum cina dan india gak......

bagi yg mengemari kuih bijan membuat tempahan kuih frozen..... sepeket hanya Rm4.00, 3 paket rm10.00 sahaja......

 juga terima tempahan kuih untuk pelbagai jenis majlis....


Monday, 5 November 2012

Tepung Pelita

Tepung Pelita

mungkin dah terbayang kesedapan tepung pelita kan.... dgn lemaknya.... manis nya.... harum daun pisangnya.... "sedapnyer tepung pelita" terngiang2 kata2 my hero, Muhammad Darwisy Danial yg amat meminati kuih ni sejak kecil... " mama buat kan..." bab pujuk bagi dio.... dah 3 hari mintak saya buatkan tepung pelita untuk dio.... kat kuantan, mmg xpernah jumpa kedai jual kuih tepung pelita....
 Ada antara kekawan tak mengenali kuih ni ke..... jgn risau saya uploadkan gambarnya....

teng3x....





da pun siap upload... tepung pelita tuk my hero xsiap lagi.....
takung tepung pelita dah siap.... esok, InsyaALLAh saya akan buatkan untuk dio....

sapa2 yg berminat dgn kuih ni, jgn segan silu ye.... leh order... saya mmg terima tempahan kuih tepung pelita dgn harga yg berpatutan....

Belebab


Ramai yg tertanya apa tu... sejenis kuih yg diperbuat drp tepung beras dan keledek...  kuih tradisional kelate. susah untuk jumpa tempat lain kecauli pasar di kelate.... macammana rupa???...





Ni la rupa kuih belebab.... yg oren tu keledek....  Belebab ni dibuat atas permintaan Dr Ani dari balok... harap dapat memenuhi citarasa Dr Ani..." da lamo xmake belebab" katanya masa hubungi saya... Dia terbaca iklan saya di Mudah.my. tq mudah.my banyak membantu saya bab iklan2 ni.....