Tahi Itik dan Telur Belangkas
Tahi Itik
Bahan-bahan
10 biji putih telur itik
500ml santan kelapa
500gm gula pasir
100gm tepung pulut
200gm tepung beras
Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan diatas ke dalam kuali.
2. Masak dengan api sederhana dan kacau perlahan-lahan sehingga menjadi pekat dan berketul. Biarkan sejuk dan bolehlah dibentuk mengikut cita rasa sendiri.
Telur Belangkas
Bahan-bahan ( 5 orang )
15 biji telur ayam / itik – ambil putih telur sahaja
200g kelapa parut – tanpa kulit ari
10 helai daun pandan – dikisar bersama 1 cawan air
300g gula halus ( jika tak suka manis, kurangkan ke 200g @ mengikut rasa masing-masing)
Cara-cara
Ramas kelapa parut dengan putih telur dan daun pandan yang telah dikisar.
Perah dan tapis-tapis dgn menggunakan kain (hasil perahan itu. Campur gula dan masak di atas api kecil.
Jangan kacau selalu tetapi kikis tepi periuk @ kuali sekali-sekala supaya tidak hangus dan adunan dapat bergentil tetapi kacau sekali-sekala sehingga berminyak
No comments:
Post a Comment