Deluxe Delicacy Entreprise ( CA0170105-W)
Lot 6/764 Kg Pelindung, Beserah,
26100 Kuantan, Pahang.
delicacystopcentre@yahoo.com
Fb: MazniHaznira MohdNazir
0169504232/01118177318

*********************************************************************************************************************************************************
Terima Kasih kerana berkunjung ke Laman ini.

Bahulu adalah sejenis makanan tradisional yang amat di gemari oleh semua peringkat umur. Semakin hari bahulu semakin berkembang dengan sentuhan moden, dengan pelbagai jenis perisa dan inti. dlm kemodenan bahulu, kami masih mengekal resepi tradisional nenek moyang.... tanpa pengawet, bahulu boleh tahan sehingga sebulan.

Sesuai dijadikan Cenderahati / Doorgift untuk Majlis Perkahwinan , Pertunangan , Akikah , Cukur Jambul , Hari Jadi dan sebarang majlis.

***************************************************************************************************************************************************************************************

Tuesday 19 November 2013

akok kedut

minggu lepas punya order... baru leh update pic..... layan yer... nak resepi... cuba acu try test tgk kat bawah sekali.....











Bahan-bahan  (3 bj akok kemboja)

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 120 gram gula melaka
  • 60 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan/  paste pandan pun ok gak
  • 2 cubit garam halus 


Cara2

  1. Masak gula melaka bersama air hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan/ paste pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 15 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

roti roll sosej tepung magic dgn cheezy souce

alhamdullillah.....
hari ni lapang sikit leh up date blog sikit2... saya ni jenis xpandai nak tulis panjang2, madah2... direct to the point....

hari ni lunch dgn nama kuih yg panjang tu..... rasa teringin pulok hari ni, kalau beli kecik je 3 rm1.... rm1 satu lak xcomel mata memandang.... so xpadan dgn harga lak... oh, cerewet gak dlm beli2 nih....

mudah sangat nak buat ni....
1st step.... gulung sosej dgn roti sandwich, xkisah apa brand... tepi roti gam dgn bater ( tepung beras/gandum + air)

celup gulungan tadi ke dalam bater ( tepung magic + air )

and then celup pulok dlm serbuk roti... done.... sediakan kuali dgn minyak, boleh la di goreng...


dah siap goreng, nak makan cam ni pun dah boleh...


kalau nak sedap lagi, leh letak cheeze souce kat atas... yummy2...dap3...

selamat mencuba kekawan..... kalau berminat nak order tepung magic, cheese powder n mashed potato, leh sms yer... harga kawan, combo 3 in 1..... nak jimat leh ambik sekotak terus, leh kongsi dgn kawan2....

combo 3 in 1

Thursday 7 November 2013

kek pelangi chef izany

Resepi : Kek Pelangi Chef Izany
Oleh : Chef Izany Masterchef

Bahannya :
220 gm tepung kek
250 gm mentega
200 gm gula kastor
5 sudu besar susu full milk dutch lady
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur gred A
Pewarna kuning, hijau dan merah
1 sudu kecil baking powder (diayak bersama tepung kek)
Acuan bulat 8 inci

Caranya :
  1. Gris acuan dengan mentega. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius.
  2. Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
  4. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau.
  5. Masukkan susu dan esen vanilla . Gaul rata. 
  6. Bagikan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, kuning dan hijau.
  7. Ambil 1 senduk aduanan kuning dan letakkan dibahagian tengah acuan.
  8. Kemudian ambil 1 senduk aduanan merah dan tompokkan diatas yang kuning tadi. Akhir sekali aduan hijau. 
  9. Ulangi proses sehingga habis.
  10. Goyangkan aduanan supaya rata.
  11. Bakar selama 30 minit sahaja.
  12. Cucuk dengan garfu, jika licin maka telah masak.kek