Deluxe Delicacy Entreprise ( CA0170105-W)
Lot 6/764 Kg Pelindung, Beserah,
26100 Kuantan, Pahang.
delicacystopcentre@yahoo.com
Fb: MazniHaznira MohdNazir
0169504232/01118177318

*********************************************************************************************************************************************************
Terima Kasih kerana berkunjung ke Laman ini.

Bahulu adalah sejenis makanan tradisional yang amat di gemari oleh semua peringkat umur. Semakin hari bahulu semakin berkembang dengan sentuhan moden, dengan pelbagai jenis perisa dan inti. dlm kemodenan bahulu, kami masih mengekal resepi tradisional nenek moyang.... tanpa pengawet, bahulu boleh tahan sehingga sebulan.

Sesuai dijadikan Cenderahati / Doorgift untuk Majlis Perkahwinan , Pertunangan , Akikah , Cukur Jambul , Hari Jadi dan sebarang majlis.

***************************************************************************************************************************************************************************************

Showing posts with label biskut raya. Show all posts
Showing posts with label biskut raya. Show all posts

Tuesday, 20 August 2013

Nutty Nut Cookies

Nutty Thins / Florentine Cookies / Caramel Nuts Bar / Almond Crunchy / Bepang Kacang 

copypes : http://girlish87.blogspot.com/ 

as salam.....

kembali lagi... teringat biskut raye kak long Ummu Nuqman Al Rumaisa bagi masa kat kg.... teringin nak cuba buat... so hari ni google2.. jumpa la yg nih... so layan dulu... sapa yg rajin leh cuba.... nanti nak cari barang tuk buat... dah ada agent yg sedia nak pasarkan.... hehehehe

RESEPI 1:
1. utk resepi 1 ni, i pakai tepung florenta...kat kedai bakery mmg ada jual lebih kurang RM18/pack (i pakai utk 500g almond pon baru guna suku pack)...
2. tabur semua kacang atas dulang yg dilapik dgn baking paper (bukan kertas minyak yg warna putih tu yer, kang melekat pulak...pegi kedai mintak baking paper yg mcm kertas PVC tu, segulung dlm RM8 dia jual sebesar separuh kertas manila...tak rugi beli sbb boleh basuh, keringkan & recycle kertas ni)..
3. lepas dah tabur segala jenis kacang, taburkan pulak tepung florentine...korang nak gaul2 dulu dgn kacang tu sebelum letak atas baking paper pon boleyyy...pastikan nipis2 yer...
4. masuk oven bakar 10-15min/nampak perang, suhu 180'c...sebelum tu pastikan pre-heat oven dulu yer...
5. bila dah masak, tengah2 panas tu potong siap2 bentuk yg korang nak & biarkan dia sejuk sendiri (tak sampai 3min pon sejuk)...lepas tu boleh la korang tarik drp baking paper & patahkan ikut bentuk yg korang potong tadi...taknak potong pon takpe, boleh patahkan camtu je dgn tangan...
RESEPI 2:
yg ni i lupa nk potong...bawah tu i letak lapisan coklat...ohhh sgt yummy! kalau plan nk letak coklat, pastikan masa masak caramel tu kurangkan sikit gula...
1. utk resepi ni, korang TAK PERLU oven pon...dan korang TAK PERLUKAN tepung florentine...cara ni sgt2 jimat kos yer...
2. mula2 buat caramel...cara nak buat, panaskan semangkuk gula dlm pan sampai jadi warna perang, jgn hitam sgt kang pahit tak sedap (kalau takut melekat, masukkan butter sikit)...lepas tu masukkan 1/2 cawan air panas (taknak pon takpe)...ada yg i skip letak air panas tp i letak 1/2 cawan thick/cooking cream + 1/4 cawan honey...sedappp sbb lemak2 manis gitu (kebetulan madu & cooking cream tu byk stok kat rumah)..
3. masukkan segala jenis kacang, gaul sampai rata...pastikan korang masuk kacang tu banyak tau, jgn sampai nampak caramel tu berkuah sgt...
4. letak atas dulang yg dilapik baking paper...buat nipis2 yer, tebal kang tak sedap sbb tak rangup...masukkan dlm chiller sampai keras..
5. dah keras boleh patahkn/potong...senang kan yg ni?

*boleh jugak refer kat youtube ni: http://www.youtube.com/watch?v=xoKd4fvM0_o
RESEPI 3:
1. yg ni korang kena sediakan 3 biji telur, 3/4 cawan gula, 1/2 cawan tepung naik sendiri, 1 sudu kecil asen vanila..
2. pukul telur sampai kembang...masukkan gula, tepung dan asen vanila, kacau rata...
3. masukkan semua kacang, biarkan penuh jgn nampak adunan tu berair sgt...kacau rata...biarkan 30min dalam chiller..
4. keluarkan adunan drp chiller...tuang adunan atas dulang yg dilapik dgn baking paper...nipis2 je tau, biarkan nampak beronggan pon takpe sbb nanti dia akan kembang, tak mcm resepi 1 & 2 tu...
5. bakar 15-20min/sampai masak dalam oven, suhu 180'c...
6. macam biasa, potong panas2 & sejukkan dulu baru patahkan ikut bentuk yg kita potong...
antara ketiga2 ni mana paling sedap? well, ikut citarasa korang la kan...kalau i paling suka pakai tepung florenta tu sbb rasa dia balance & paling senang kerja! kedua i suka yg pakai telur & tepung tu sbb rasa dia mcm biskut famos amos sikit & boleh dpt dlm kuantiti yg byk bila pakai resepi ni...yg caramel tu pon sedap cuma rasa dia dah terlalu common...hehe...sila cuba tiga2 jenis resepi utk tahu mana yg "kena" dgn tekak uols yer...selamat mencuba! :)

Sunday, 14 July 2013

FAMOUS AMOS CHOCOLATE CHIP COOKIES

FAMOUS AMOS CHOCOLATE CHIP COOKIES





 copy paste satu pakej ye kak yatie.....  
pernah cuba resepi ni... jumpa kat internet gak tapi lupa sumbernyer... last2 tgk dlm blog kak yatie....


Bahan²

  • 1 cawan gula kastor/halus
  • 1 cawan gula perang  
  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu segar
  • 4 cawan tepung gandum
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil cream of tatar
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 cawan walnut cincang 
  • 2 cawan semisweet chocolate chip
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara²
  1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu dan vanila hingga sebati.Yatie gaul guna whisk je.
  2. Masukkan tepung gandum, garam soda bikarbonat, walnut dan coklat chip
  3. Adunan memang lembik...sudukan satu sudu kecil diatas dulang pembakar...jarak²kan sket sebab nanti kukis akan mengembang sket....dulang tak perlu gris..
  4. Bakar pada suhu 350 'F (175 c) dalam 10-15 minit atau sehingga masak bergantung pada jenis oven..
  5. Setelah kukis perang, angkat dan sejukkan diatas redai sebelum dimasukkan dalam bekas kedap udara.

Samperit Resepi Lama

Samperit Resepi Lama 

tgh usya2 biskut raya... nk buat biskut raya yg simple je.. myhero suka sgt biskut semperit... jumpa lak yg ni leh cuba la...

sumber :  http://icookwithlove.blogspot.com



Terima kasih Anis Adlina Amir kerana sudi berkongsi resepi neneknya. Menginjak usia begini, saya suka menyelongkar khazanah nenek moyang mencanai rasa. Sejak akhir-akhir ini saya lebih menjurus kepada kuih-kuih lama. Sedap dan original. Kalau tak mencari dan belajar, seni kuih lama nanti hilang tak berkubur.
Barangkali usaha kecil ini sekadar memeriahkan suasana, sebab ramai orang lain dah buat ; bagi saya sekurang-kurangnya ada sesuatu untuk anak-anak saya merujuk...


1 tin tepung jagung Brown and Polson 450 g
1 tin mentega SCS/buttercup 454 g
7 kuning telur( ayam kampung )
1 1/4 cawan gula; ( ***)

1 1/2 cawan tepung gandum

***Anis tak pasti gula jenis apa; percubaan pertama saya guna gula aisng, kurang manis dan terasa lemaknya, saya suka; kemudian saya cuba lagi gunakan gula pasir yang di kisar dan di ayak; hmm manisnya lebih terasa, tapi tidaklah terlalu manis. ***

Campurkan senua bahan dan uli perlahan-lahan hingga sebati dan lembut. Saya gaulkan gula dan kuning telur , bila sebati baru saya masukkan kedua-dua jenis tepung. Menteganya saya masukkan 3/4 sahaja, kemudian tambah sedikit-sedikit. Ingat pesan Anis , tak payah uli terlalu lama, takut nanti kembang, Bila cukup sebati, saya tekan dengan jari guna nozzle open star. Boleh juga guna acuan samperit yang ada penekan kayu tapi pada saya saiznya nampak gagah sikit. Saya suka samperit comel-comel sebesar syiling 20 sen. Sebiji sesuap. Ayu gitu.. tak payah buka mulut besar-besar...he he he, malu la.. sebab bila masuk mulut tak boleh buka, gebu.....membelai lidah dan tekak.