Deluxe Delicacy Entreprise ( CA0170105-W)
Lot 6/764 Kg Pelindung, Beserah,
26100 Kuantan, Pahang.
delicacystopcentre@yahoo.com
Fb: MazniHaznira MohdNazir
0169504232/01118177318

*********************************************************************************************************************************************************
Terima Kasih kerana berkunjung ke Laman ini.

Bahulu adalah sejenis makanan tradisional yang amat di gemari oleh semua peringkat umur. Semakin hari bahulu semakin berkembang dengan sentuhan moden, dengan pelbagai jenis perisa dan inti. dlm kemodenan bahulu, kami masih mengekal resepi tradisional nenek moyang.... tanpa pengawet, bahulu boleh tahan sehingga sebulan.

Sesuai dijadikan Cenderahati / Doorgift untuk Majlis Perkahwinan , Pertunangan , Akikah , Cukur Jambul , Hari Jadi dan sebarang majlis.

***************************************************************************************************************************************************************************************

Monday 13 May 2013

kuih bakar kacang

jln2, tgk2 resepi apa yg best terjumpa lak resepi kuih  kacang ni, nampak macam sedap je.... boleh wat biskut raya nanti ni, jom kita share resepi dr http://balqis-resepiku.blogspot.com. 

dah xyah order dah  kuih bakar kacang tuk tahun ni... hehehehe


Kuih Bakar Kacang


Bahan-bahan :

1 kg kacang hijau yang dibuang kulit
1 kg tepung ubi
Gula halus
4 biji telur
Sedikit garam
Santan pekat daripada 1 biji kelapa

Cara Membuatnya :

Kacang hijau dibasuh dan digoreng tanpa minyak hingga kuning dan garing. Tepung ubi juga digoreng tanpa minyak hingga wangi dan ringan.

Setelah itu, kisar kacang hijau hingga halus. Ayak agar kisaran kacang lebih halus.

Sukat kacang hijau yang telah dimesin menggunakan mangkuk.

Perhatian :

1 mangkuk kacang yang dimesin bersamaan 1 mangkuk gula halus dan 1 mangkuk tepung ubi harus dimasukkan ke dalam adunan. 

Contohnya jika terdapat 3 mangkuk kacang yang telah dimesin, sila masukkan 3 mangkuk gula halus dan 3 mangkuk tepung ubi.

Kacau rata ketiga-tiga bahan ini.

Telur dipecah dan dipukul hingga kembang dan masukkan sedikit garam.

Seterusnya, masukkan telur ke dalam campuran tepung tadi. Gaul lagi.

Kemudian masukkan santan secukupnya. Uli hingga sebati.

Tekan doh dengan meletakkan sedikit minyak ke atas acuan agar mudah untuk mengeluarkan kuih dan tidak menjejaskan kecantikan kuih.

Bakar dalam oven hingga masak dan garing.

kueh bakar....

as salam.....

 lama rasa nyer x update blog nih... hari ni saya nak kongsi satu resepi kuih bakar.... sejak akhir2 ni rasa teringin nak makan kuih2 manis tapi teringin nak buat sendiri, mungkin rasanya lebih berbaloi berbanding beli di kedai...... bukan pandai sangat dlm membikin kuih tapi alhamdullillah, kita boleh lebihkan  sedikit bahan spt telur dan santan untuk tambah kelemakan kuih tu sendiri.....

 so pagi ahad yg lalu nekad la nak buat kuih bakar.....  cari gak resepi kat tenet, last2 aku try n error je... risau gak sebab dah lama xbuat kuih bakar nih....

ni resepi yg aku try n error

kuih bakar



 bahan2:
3 bj telur
1 1/2 cawan gandum
2 1/2 cawan santan
1 cawan gula ( leh kurang sikit kalau xsuka manis tapi jgn banyak sangat sbb aku dah kurangkan sedikit)
sedikit garam
perwarna hijau/paste pandan

cara2:
 blend je semua bahan2 kat atas tu sehingga sebati.
sapu minyak di acuan dan panaskan, untuk elak melekat
 leh la tuang adunan ke dlm acuan dan bakar sehingga masak....


 teringin lak nak share satu resepi  dr http://rimbunanhati.blogspot.com... nampak sedap je tgk pic kuih bakar..  jom tgk resepi dia...


Kuih Bakar Kak Ton

16 biji telur Gred A
1 kg santan
1.7 liter air
900 gram gula
800 gram tepung gandum
pewarna hijau
 cara2 still sama.... 
nanti ada masa leh cuba.....