Deluxe Delicacy Entreprise ( CA0170105-W)
Lot 6/764 Kg Pelindung, Beserah,
26100 Kuantan, Pahang.
delicacystopcentre@yahoo.com
Fb: MazniHaznira MohdNazir
0169504232/01118177318

*********************************************************************************************************************************************************
Terima Kasih kerana berkunjung ke Laman ini.

Bahulu adalah sejenis makanan tradisional yang amat di gemari oleh semua peringkat umur. Semakin hari bahulu semakin berkembang dengan sentuhan moden, dengan pelbagai jenis perisa dan inti. dlm kemodenan bahulu, kami masih mengekal resepi tradisional nenek moyang.... tanpa pengawet, bahulu boleh tahan sehingga sebulan.

Sesuai dijadikan Cenderahati / Doorgift untuk Majlis Perkahwinan , Pertunangan , Akikah , Cukur Jambul , Hari Jadi dan sebarang majlis.

***************************************************************************************************************************************************************************************

Showing posts with label Tips2. Show all posts
Showing posts with label Tips2. Show all posts

Tuesday, 8 January 2013

Tips membuat kek

 

sumber :  http://nanakitchen.blogspot.com

Tips membuat kek

Tips ini kita ambil dari keratan akhbar minggu lepas dan kita nak share sebab kita ianya berguna untuk buat rujukan.

Teori membuat kek yang mudah diikuti:

Mulakan dengan membaca dan mengerti kandungan resepi dan diikuti dengan 'mengenal' bahan-bahan yang diperlukan.
Anda juga perlu tahu cara mengunnakan ketuhar kerana sebilangan besar produk yang dibuat mengunnakan ketuhar.
Bahan-bahan asas untuk membuat kek ialah tepung, telur, gula, memtega atau pun majerin.
Berikut cara mudah membuat kek:
1. Beli tepung kek atau rendah gluten. Menggunakan tepung yang tidak sesuai akan menghasilkan kek yang berat dan 'berpasir'.

2. Gunakan telur saiz besar yang digredkan sebagai A ataupun AA.

3. Gunakan gula kastor ataupun gula halus dalam semua jenis kek ataupun pastri supaya masa yang diperlukan untuk membancuh adunan boleh dipercepatkan. Ini juga mengelakkan daripada terjadinya gluten semasa membancuh.

4. Mentega yang digunakan haruslah mentega yang mengandungi garam. Ini akan menambahkan keenakan kek. Jika menggunakan majerin, bahan ini pada asasnya sudah mengandungi garam.

5. Untuk membakar kek jenis ringan seperti kek span dan kek chiffon, gunakan suhu 180 hingga 200 darjah Celcius dan masa membakar antara 20 hingga 30 minit.
Untuk memastikan kek betul-betul masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar, tekan dengan jari di bahagian tengah kek, jika tekturnya menganjal, ertinya kek itu sudah masak. Keluarkan dan terbalikkan acuan kek di atas redai kuih tanpa mengeluarkan kek sehingga ia sejuk.

6. Untuk membakar kek jenis berat seperti kek buah dan kek butter, mulakan dengan suhu 180 darjah Celcius kemudian turunkan kepada 150 atau 160 darjah Celcius setelah kek berada dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit.
Untuk memastikan kek itu telah masak, cucuk dengan lidi di bahagian tengah kek dan lidi harus kelihatan licin apabila ditarik keluar.
Jika masih ada adunan melekat di lidi, biarkan kek dalam ketuhar untuk beberapa minit.

Tips membuat kek

sumber : http://tramshucake.wordpress.com

TIPS MEMBUAT KEK
1) Bila sudah mendapat resipi yang ingin dicuba, baca dan fahamkan bahan-bahan yang ada dalam resipi dan juga peraturannya. Jika ada bahan atau peraturan yang tidak faham, bertanya pada yang arif.
2) Buat nota sendiri dalam resipi tersebut. Sewaktu hendak mula membuat Kek tersebut, keluarkan cawan sukatan, timbang, pemukul telur, mixer atau bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek tersebut. Dan juga sediakan bahan-bahan yang hendak digunakan. Ini untuk memudahkan anda menyukat dan juga supaya tidak lupa/ tertinggal bahan sewaktu mula mengadun kek.
3) Bahan-bahan kering seperti tepung gandum, baking powder, baking soda, garam hendaklah diayak bersama. Kek akan lebih gebu dan ringan bila menggunakan tepung yang telah diayak dan juga sewaktu mengayak tepung bersama baking powder/ baking soda ia dapat menghasilkan tepung yang serata dengan baking powder dan baking soda berbanding dengan kita menggaulkan begitu dengan tangan. Pernah terjadi Diana tidak ada masa untuk mengayak tepung dan hasilnya kek yang menggunakan bicarbonate of soda tidak serata dan rasa pahit soda pada sesetengah bahagian.
4) Ikut peraturan resipi satu persatu, dan sewaktu masukkan tepung sebaiknya menggunakan spatula dan kaup balikkan adunan dengan satu arah pusingan sehingga sebati. Jangan terlalu menggaul adunan tepung kerana ia akan menghasilkan kek yang agak mampat dan tidak gebu, cukup sekadar tepung sebati dengan adunan mentega.
5) Loyang perlulah dilenser dan disalutkan tepung supaya kek lebih mudah dikeluarkan selepas membakar. Dan ketuhar harus dipanaskan terlebih dahulu. Jika ketuhar anda adalah jenis yang cepat panas, turunkan suhu sedikit dari suhu apa yang tertera diresipi (contoh resipi suruh bakar 180 darjah C, gunakan 160 atau 170 darjah C), ini untuk menggelakkan kek merekah kerana suhu yang tinggi akan menyebabkan kek merekah.

6) Bila menggunakan lidi untuk mengguji jika kek telah masak. Cucuk dan lihat jika masih ada cebisan kek yang melekat di kek bermakna ia masih belum masak, bakar sehingga lidi penguji bersih dan itu tandanya kek telah pun masak.
7) Bila kek sudah masak keluarkan dari oven dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari loyang.
Jika kek itu perlu dikukus, panaskan air kukusan terlebih dahulu dan sebaiknya balut tutup kukusan dengan kain bersih supaya wap tidak akan menitis diatas kek. Atau juga boleh tutup loyang kek dengan aluminium foil.
9) Kek yang dibakar atau dikukus sebaik-baiknya jangan dibuka pintu oven atau tutup kukusan pada 45 minit pertama ia dibakar atau dikukus. Ini supaya anda dapat menghasilkan kek yang lembut dan gebu.
Harap tips yang tidak seberapa ini dapat membantu anda untuk menghasilkan kek yang diidamkan.
Cara untuk mengenal kek yang telah dihasilkan dengan sempurna adalah bukan sahaja dengan paras rupa kek tersebut yang menawan tetapi juga hendaklah anda rasa kek tersebut. Jika rupa menawan dan rasa pun sedap, itulah kek yang telah dihasilkan dengan sempurna.