Oleh : Chef Izany Masterchef
Bahannya :
220 gm tepung kek
250 gm mentega
200 gm gula kastor
5 sudu besar susu full milk dutch lady
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur gred A
Pewarna kuning, hijau dan merah
1 sudu kecil baking powder (diayak bersama tepung kek)
Acuan bulat 8 inci
- Gris acuan dengan mentega. Panaskan ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius.
- Pukul mentega dan gula dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
- Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
- Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil dikacau.
- Masukkan susu dan esen vanilla . Gaul rata.
- Bagikan kepada 3 bahagian. Warnakan merah, kuning dan hijau.
- Ambil 1 senduk aduanan kuning dan letakkan dibahagian tengah acuan.
- Kemudian ambil 1 senduk aduanan merah dan tompokkan diatas yang kuning tadi. Akhir sekali aduan hijau.
- Ulangi proses sehingga habis.
- Goyangkan aduanan supaya rata.
- Bakar selama 30 minit sahaja.
- Cucuk dengan garfu, jika licin maka telah masak.kek
No comments:
Post a Comment