Deluxe Delicacy Entreprise ( CA0170105-W)
Lot 6/764 Kg Pelindung, Beserah,
26100 Kuantan, Pahang.
delicacystopcentre@yahoo.com
Fb: MazniHaznira MohdNazir
0169504232/01118177318

*********************************************************************************************************************************************************
Terima Kasih kerana berkunjung ke Laman ini.

Bahulu adalah sejenis makanan tradisional yang amat di gemari oleh semua peringkat umur. Semakin hari bahulu semakin berkembang dengan sentuhan moden, dengan pelbagai jenis perisa dan inti. dlm kemodenan bahulu, kami masih mengekal resepi tradisional nenek moyang.... tanpa pengawet, bahulu boleh tahan sehingga sebulan.

Sesuai dijadikan Cenderahati / Doorgift untuk Majlis Perkahwinan , Pertunangan , Akikah , Cukur Jambul , Hari Jadi dan sebarang majlis.

***************************************************************************************************************************************************************************************

Sunday 14 July 2013

talam lapis cendol

talam lapis cendol

resepi asal : chef asma



Lapisan Tengah
Bahan A

  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 s/b tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata. Ketepikan dulu.
Lapisan Atas dan Bawah
Bahan A
  • 200 gm gula merah 
  • 100 gm gula melaka
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan-saya tambah, disimpulkan
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar. Tapiskan.
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B, tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Bahagikan pada 2 bahagian utk lapisan atas dan bawah.
Cara Melapis Kuih.
  1. Didihkan air di kukusan. Sapukan loyang 10x10x2 inci dngn sedikit minyak dan lapikkan dngn plastik.
  2. Tuang adunan bawah dan kukus selama 15 minit.
  3. Setelah siap, cakar2kan dngn garfu permukaannya dan tuang adunan cendol dan ratakan.
  4. Sebelum tuang, pastikan tiada air di permukaan kuih. Sekiranya ada, sendengkan loyang dan lapkan guna kitchen towel barulah tuang adunan dan kukus selama 15 minit lagi.
  5. Setelah siap, tuangkan adunan atas dan kukus lagi selama 20 minit. Sebelum tu kelar2kan sikit permukaan kuih dan pastikan tiada air di permukaannya.
  6. Setelah siap, angkat dan sejukkan. Bila dah betul2 sejuk, barulah potong gunakan pisau plastik.

No comments:

Post a Comment