Deluxe Delicacy Entreprise ( CA0170105-W)
Lot 6/764 Kg Pelindung, Beserah,
26100 Kuantan, Pahang.
delicacystopcentre@yahoo.com
Fb: MazniHaznira MohdNazir
0169504232/01118177318

*********************************************************************************************************************************************************
Terima Kasih kerana berkunjung ke Laman ini.

Bahulu adalah sejenis makanan tradisional yang amat di gemari oleh semua peringkat umur. Semakin hari bahulu semakin berkembang dengan sentuhan moden, dengan pelbagai jenis perisa dan inti. dlm kemodenan bahulu, kami masih mengekal resepi tradisional nenek moyang.... tanpa pengawet, bahulu boleh tahan sehingga sebulan.

Sesuai dijadikan Cenderahati / Doorgift untuk Majlis Perkahwinan , Pertunangan , Akikah , Cukur Jambul , Hari Jadi dan sebarang majlis.

***************************************************************************************************************************************************************************************

Friday 14 February 2014

kek cis leleh meletop....

assalamualaikum....
terasa lama nya xupdate blog yer... xshare resepi kat sini buat kawan2....
pagi nih saya nak share resepi kek cis leleh yg tengah meletop sekarang... beli mahal, xpuas nak makan... so buat sendiri berganda2 jimat bagi yg menpunya keluarga yg besar... boleh sedekah kat jiran2 lagi...

kek cis leleh besar punya

kek cis leleh...

kek cis leleh ( stawbery, pandan, coklat, vanilla)


 kek cis leleh...

Bahan-bahan : 
150 gm tepong super fine/tpng kek/tpng gandum* 
1 sudu kecil baking powder*(*di ayak bersama) 
150 gm gula kastor
 5 biji telor gred A
sudu besar ovalette
 80 ml susu segar 
80 ml minyak masak / mentega cair 
Perisa vanilla
 Coklat emulco 

Cara-cara :
  1.  Satukan gula, ovalette dan telor dalam mangkuk adunan. 
  2. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi (tapi ini terletak kepada kelajuan pengadun masing-masing). 
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan susu segar, pukul lagi. 
  4. Tuangkan minyak/ mentega cair berselang seli dngn tepung yg di ayak bersama b.powder kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
  5.  Bahagikan adunan pada 2 bahagian, satu letak perisa vanilla dan biarkan plain, satu bahagian lagi letak coklat emulco. 
  6. Gaul sebati semuanya.
  7.  Sediakan tin pembakar bulat atau 4 segi ukuran 7 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak.
  8.  Tuangkan adunan berasingan loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180 darjah celcius.
  9.  Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek... lebih kurang 5 minit... bagi mengelakkan kek kita kempis.
  10.  Biarkan kek benar2 sejuk barulah di hias.

  UNTUK KRIM
 1 kotak cream cheese philadelphia (250gm) 
1/2 cwn susu pekat manis- 

(satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2

.UTK TOPPING
 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 

Cara menghias kek 
Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong

No comments:

Post a Comment